Saturday, April 30, 2011

Wanita Adalah Hiasan Dunia


Gambar hiasan..tiada kena mengena dengan isi kandugan di bawah

Memang tidak dapat disangkal lagi..wanita adalah hiasan dunia..mungkin benar kata2 ini..aku dapat merasakan tanpa kehadiran wanita di dunia ini..pasti tiada sinar kehidupan yang kita lalui..pada aku wanita boleh menjadi pembunuh dan jugak penghias di dunia..sebab apa?? 

Pembunuh
Kadang kala kita sebagai lelaki selalu termakan dengan godaan wanita, pujuk rayu..sedangkan kita tahu perkara itu salah tapi kita lakukan jugak..aku tidak lah cakap semua perempuan macam tuh..mungkin ada sesetengah di kalangan kita kan..siapa tahu..jadi, kepada lelaki di luar sana..haruslah menilai sebuah perkenalan itu dengan lebih teliti supaya tidak memakan diri kelak..

Penghias
Wanita jugak merupakan penghias di dalam dunia ini..aku mengaku..aku memang suka lihat perempuan cantik..bagi aku biarlah perempuan itu cantik di luar serta dalamnya..barulah aku berkenan..hehe..gurau je..best tengok perempuan cantik2 ni..sedap mata memandang kan..kalau lah takde perempuan, aku pun tak tahu apa yang terjadi sekarang pada dunia..wanita yang sejak azalinya sudah memiliki kecantikan..aku harapkan jagalah sebaik2 nya..gunakanlah kecantikan itu di jalan yang benar..

Apa yang aku dapat simpulkan..kecantikan yang telah dimiliki..haruslah kita hargainya..

Nak tahu tak siapa perempuan di atas..dia adalah seorang sahabat aku..baik dan cantik orangnya..:)
boleh layari blognya di http://farahaniswaheda.blogspot.com

mood:love to see pretty woman


Sebeb - sebab Kenapa Aku Perlu Benci K-pop Malaysia


Alahai..adakah Malaysia bertukar menjadi Korea dan Jepun style..aku akui..dari segi fashion..di Malaysia memang dah menjadi kegilaan ramai remaja di luar sana..aku pun dulu tidak ketinggalan..nak jugak Korean style tuh..maklumlah orang kata nak up to date kan..nanti orang kata kita buta fashion..tapi yang aku peliknya..apa kejadah muncul K-pop Malaysia ni..aku tahu memang ramai fans K-pop dekat Malaysia ni..terutamanya wanita..macam aku ni kurang sikit lah bab korea atau sebaliknya..

Ni aku nak bagi tahu..aku benci sangat dengan K-pop Malaysia..tak tahu kenapa..nak tengok rupa diaorang pun..tak sanggup..huhu..aku bukan nak kutuk ke apa..aku rasa tak perlu lah nak wujudkan kumpulan macam ni dekat Malaysia..kita ada identiti kita sendiri..memalukan bangsa sendiri pun ada kot rasanya..kalau nak diikutkan aku tak sampai hati nak mengata tapi apakan daya..mahu tidak mahu..kita tegur guna blog sebagai medium..ni orang kata secara haluslah..aku tengok banyak feedback negatif daripada positif..

Yang paling tak boleh aku terima..kumpulan K-pop ni ciplak nama daripada group asal 24/7..apalah nak jadikan..baik korang buat group nasyid ke..group2 yang bertemakan rakyat Malaysia ke..ni tidak dengan buka baju lagi..terdedah sana sini..budget macam perempuan cair lah tengok ni..adeh silap2 kena cemuh je kan..tolonglah..aku harap..kalau nak cari populariti pun banyak lagi caralah..mentang2 lah fans K-pop dekat Malaysia ramai..ingat boleh pancing lah tuh..tak dapat la der..


Apa yang aku dapat simpulkan..sudah2 lah..dengan K-pop Malaysia ni..buang current je..kalau tengok..insaf2 lah ye..


mood: anti K-pop Malaysia..

Friday, April 29, 2011

Pandangan Aku Mengenai Campur Tangan Kerajaan Ke Dunia Blogger

Alhamdulillah..selesai sudah paper pertama aku..adeh memang tak boleh buat apa lah..pakai jawab je..bila aku tengok jawapan aku balik..macam budak sekolah rendah pun ada..apalah nak jadi ni..hmm..tak pe..lepas ni aku tak boleh percaya sangat dengan soalan2 spot..itu lah kelemahan aku..bila dengar soalan spot je..memang laju je aku take note..tapi akhirnya..macam ni lah jadinya..kecewa sikit..takpe..masih ada 4 paper lagi menunggu..huhu..

Ok kali ni aku cuma nak bagi pandangan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap dunia blogger..walaupun isu tuh dah lama lepas..aku saja flashback untuk berkongsi dengan korang..aku dapat rasakan..ada baik buruknya bila kerajaan melibatkan diri dengan dunia blogger..


Yang baiknya..bila kerajaan nak support ni..kuranglah sikit golongan2 mat rempit ni kan..daripada merempit dekat luar..baik merempit dekat blog je..duit dapat..kawan dapat..nak apa lagi..calon bini dan suami pun boleh cari..haa nampak aku gurau dekat situ..hehe..aktiviti sosial pun boleh dikurangkan..yelah mengadap blog je kan..


Yang buruknya..mungkin lepas ni maklumat diri kita..akan direkod..siapa tahu kan..kerajaan pasang spy di kalangan kita..huhu..so beware lah di setiap entri korang..huhu..aku kalau bab2 politik ni memang malas nak campur sikit..so aku di tengah2..aku hanya melihat..


Kerajaan menyangkakan dapat mengeratkan hubungan di antara rakyat dan kerajaan..apa yang kita tidak puas hati, kita boleh luahkan..macam2 alternatif sekarang ni kan..aku tak tahu lah sejauh mana program ini akan berjaya..tapi aku tengok ada jugak yang membangkang..aku nak ulas tentang tuh..no komen about that..so, kita tengok jelah apa yang berlaku selepas ini..


mood: agak mengantuk

Top Refering URLs Selama Aku Berblog



Rindu..rindu serindunya..haha apa aku merepek jumaat2 ni..bukan apa..aku rindu dekat blog aku..lama dah aku tak update blog..adeh maklum lah busy mengalahkan PM kan..takde lah gurau saja..aku nak exam ni..tu sebab aku tak boleh nak fokus sangat dekat blog aku..tapi tuh lah..disebabkan aku ni gila berblogging..kalau tak update macam tak lengkap je hidup..tuh dia.." ayat cannot go "..haha..hari aku nak bagi tahu sikit..siapa yang menjadi TOP REFERING aku selama ni..calon2 nya, eh dah macam ABPH pulak..hehe..ok2 ni betul2..antara blogger2 tersebut:


NIK AFNAN-www.darxniq.com

Blogger ni telah menjadi top referal aku..tak sangka..ni semua entri pasal Fatin Liyana..hehe


Blogger yang ni sama jugak telah membuat entri pasal Fatin Liyana..mana taknya mereka berdua ni..berebutkan Fatin Liyana dari aku..haha


Blogger ni telah banyak berjasa pada aku..telah telah renovate blog aku serta header..aku banyak terhutang budi dengannya..thank nisa..

Ben Ashaari-www.benashaari.com

Siapa lah tak kenal blogger ni kan..dulu aku banyak join segmen dia..sebelum aku sampai ke tahap ini..thank bro..sekarang ni tak berkesempatan je nak join..:)


Yang ni pun aku rasa korang kenal..blogger ni sangat baik..aku rasa sesiapa nak cari tajuk FYP boleh rujuk dekat dia..:)

Selesai sudah..siapa sangka blogger2 yang hebat pun menjadi referal aku kan..thank kepada mereka semua..terharu pun ada..uhuk..:)..teruskan berblogging..majulah blog untuk negara..

mood:nak exam besok??tak caya je..

Monday, April 25, 2011

Tiada Sempadan Pun Di Antara Kawan Realiti dan Kawan Maya

Malam semua..walaupun minggu exam sedang berlangsung..aku sempat lagi nak berjimba..huhu..bukan apa rilek kan kepala jap..yela aku mula exam pun hari sabtu..bila terjebak dengan dunia blogging ni..aku rasa untung korang tahu..bukan apa..duit dapat, kenalan dapat..apa yang ingin aku utarakan..erti persahabatan..siapa sangka dengan blog pun dapat buat kawan..

Tiada beza pun kawan realiti dengan kawan maya..walaupun baru beberapa bulan aku menceburi alam blog..aku dapat belajar berbagai2 lah..memang tak rugi..aku rasa untung sangat..aku sayang kawan2 aku..baik realiti dan maya..mereka semua sama..aku tak pernah berat sebelah..kalau nak diikutkan..kawan sejati bukan mudah di cari..kawan masa senang memang ramai..kawan masa susah??cuba korang fikir..ada tak golongan macam tu..??bukan tak da..ada je..tapi sukar sangat kita nak jumpa kan..

Jadi kesimpulannya:

KAWAN REALITI dan KAWAN MAYA

mereka semua adalah kawan..sama rata..hehe..aku harap aku dapat kekalkan persahabatan dengan mereka semua..t.cre ya..

mood:study

Sunday, April 24, 2011

Digi WWWOW Award


Oh my..ada contest ni yang dianjurkan oleh Digi..jadi di kesempatan yang ada..aku join jugak lah..saja bagi meriah sikit..konon2 bagi saingan lah..hehe..nak menang jauh sekali lah..ramai kot yang masuk..huhu..semua hebat2..aku ni hanya manusia kecil je..huhu..rendah diri pulak kan..okeh sebelum ni aku dah join BLOGGER OF THE YEAR..tapi aku terasa nak join lagi satu kategori..haha bukan tamak ye..tapi bab2 gambar ni memang aku suka join..aku join PICTURE OF THE YEAR..



Ini gambar yang aku pertaruhkan..nampak tak captcha tuh..korang isi then baru vote ya..:)..tolong eh..selamat beramal..hehe


Lambang ni korang boleh nampak di sidebar aku belah atas..mudah je..hehe..

mood:harap2 lah boleh menang..:)

Thursday, April 21, 2011

Irine Nadia Marcello Terasa Dengan Aku??


Jam sekarang menunjukkan pukul 3..apalah aku buat tidur lewat2 ni kan..kalau study tak pelah..ni online je..haish..exam nak dekat dah..nota tak siap2 lagi kan..nasib baik lagi 10 hari aku nak exam..ni haa..aku bukan apa..tadi saja chat dengan Irine..borak pasal trend pakai spek tapi takde cermin..tiba2 aku cakap lah dia..ala kalau ambil gambar pun.." peace " tuh pun susah nak hilangkan..mesti je nak naik..hehe..aku pun tak paham kenapa..

Bagi aku mungkin bergaya sikit kot..huhu..yela bila bergambar macam dah automatik dua jari akan naik..hehe..nak buat macam manakan dah terbiasa..sekali aku cakap macam tuh..irine terasa lah..huhu..takpe2 sama je kita.. " peace tetap peace "..korang kat luar sana pun lebih kurang aku kan..haha..tak baik tipu..mari kita layan gambar aku dan irine " peace "


Lah kenapa jari aku tuh..haha macam ada magnet je..


Irine tetap peace jugak..tak nak mengalah..haha

mood: Happy


Blogger of The Year

Wow..aku baru je perasan Digi WWWOW Awards..aku tengok ni merupakan satu pertandingan yang agak menarik..macam-macam kategori yang ada..aku baru je perasan benda ni dari Andyhowwt dan AkmalHilmi..jadi, di kesempatan yang ada..aku ambil bahagian jugak lah..orang kata..timba pengalamankan..nak menang tuh jauh sekali lah..sekadar mencuba nasib..

Kalau rasa nak join..--->sini

mood: sekadar mencuba nasib

Kalau Nak Berjaya Dalam Blog Sangat Mudah

Malam semua..apa yang kita dapat lihat dalam dunia blog..tak semuanya indah..walaupun kita masuk dalam sesebuah blog..blognya bertemakan warna warni..tapi pada realitinya dunia blog penuh dengan pelbagai misteri..cuma kita yang mencorakkannya sendiri..hanya kita yang dapat menentukan segalanya..bagi aku mungkin aku belum berhak untuk berkongsi tentang kejayaan sebagai seorang blogger..

Follower yang ramai tidak menjamin apa2..yang penting follower yang setia sukar untuk kita perolehi..yelah nak kekalkan follower yang setia bukan mudah..kadang2 blog kita jugak mempunyai silent reader..kita tak kan dapat jejak siapa silent reader kita..aku tak kisah pun siapa yang datang blog aku..aku rasa terharu sangat..mula2 aku buat blog dulu..aku tak pernah expect macam ni..blog aku hanyalah sebuah blog universal..cacamarba lah orang katakan..

Perkara yang penting..kita jangan sombong dengan followers kita..perlu jaga hati mereka..harus ingat itu..cuba lah korang sombong dengan followers..aku jamin memang mereka tak datang dah ke blog kita..jadi..haruslah pandai pikat followers kita kan..kemudian, dulunya aku bermula blog dengan sangat aktif..masa mula2 aku buat blog..aku akan update 10 entri sehari..tak kiralah orang nak kata apa kan..nak berjaya haruslah rajinkan..

Blogwalking pun memainkan peranan yang penting untuk kita berjaya..dulu aku  pernah ambil masa sekurang2 nya 2 jam untuk blogwalking..memang jenuh lah duduk depan laptop..tapi nak berjayakan..perlukan usaha yang gigih..tapi jangan lupa solat pulak ye..itu lebih wajib..hehe..kalau dah blogwalking tuh..jangan malas2 ye nak tinggalkan komen..daripada situ, kita dapat memperkenalkan blog kita kan..

Perkataan yang biasa aku dengar " kalau nak berjaya, kita haruslah mendampingi dengan orang2 yang berjaya " kita boleh timba ilmu daripada blogger2 yang telah berjaya..belajar dengan mereka..aku yakin..mereka semua ok..tapi jangan lah korang buat andai pulak kan..bila tak balas komen ke??mesej ke?? tiba2 dah di cop sombong..tak boleh macam tuh..manalah tahu..mereka ada komitmen yang lebih penting kan..

Apa2 pun..semangat dalam diri jugak penting untuk kita berjaya hingga ke puncak..ini semua berdasarkan pengalaman aku semenjak aku berblogging..senang kan?? selamat beramal..

mood:tengok2 nota


Wednesday, April 20, 2011

Buat Apalah Exam, Membazir Kertas Sahaja


Source: Google image

Minggu exam telah pun bermula..aku je belum bermula2 lagi ni..lambat lagi..30 april baru aku melangkah ke dewan peperiksaan..nak study tapi perasaan " malas " paling sukar untuk aku buang jauh2..kenapalah jadi macam ni..huhu..aku sekarang ni tak sabar je nak habis belajar..habis belajar..lega sikit kepala aku..hehe..doakan aku buat yang terbaik ok..

Setiap semester kita akan dihidangkan dengan peperiksaan..bagi aku..tak membazir kertas ke??buat exam, then ada orang repeat..tengok di situ kita telah menambah bilangan pokok yang diterbang..hmm..bilalah perkara ini akan terus berlarutan..alangkah bagusnya kita boleh jawab exam dalam ipad..senang kan..tak perlu nak terbang2 pokok ni..huhu..cuma cadangan aku lah..

Tapi ada lagi cara yang lebih mudah..kita amalkan program " kitar semula "..lihat mudah je kan..program ni..kita tak perlu banyak modal pun..kita cuma kumpul ikut kumpulan contohnya kaca, kertas ataupun tin..kemudian kita hantar ke pusatnya..jadi daripada situ sedikit sebanyak dapat mengurangkan penebangan pokok..aku bukan tak sokong exam ni..sokong..dengan exam kita dapat menilai tahap kita sepanjang pembelajaran kita untuk satu semester tuh kan..sekadar pandangan aku..

mood:study lagi

Mudahnya Hapuskan Malware


Akhirnya..aku berjaya menghapuskan MALWARE..selama ni ramai je orang merungut dekat blog aku..asal masuk je ada MALWARE..adeh..aku pening jugak pikirkan masalah ni..tapi tadi seorang blogger telah menyelamatkan hidup blog aku..syukur..memang problem sangat kalau blog kita ada MALWARE..orang kata tengah syok2 baca..terbantut terus kalau keluar MALWARE..

Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Dauspozi..kerana berjaya menyelasaikan MALWARE di blog aku..so, lepas ni tak perlu risau lagi lah..so kepada yang kerap masuk ke blog aku..jangan ragu2 lagi..semua masalah telah selesai..aku harapkan korang hati2 lah dengan MALWARE ni ok!!

Kesan2 Malware

Kelajuan komputer semakin berkurangan
Kerosakan komputer windows

Untuk maklumat lanjut..korang boleh layari di sini

mood: study


Blogger-blogger Hot Sepanjang Zaman

(Blog Lebah)

(Blog Suratan Kebetolan)


FaizalFredley
(Blog Nothing is Something)


Broframestone


Fatin Liyana


Maria Elena


Lydia Miza
(Blog Hidup itu Indah)


Ben Ashaari


Hamzah Ian
(Blog Terbang Tinggi Tinggi)


Zack Zuhairi
(Blog Realiti Konspirasi)


Cik Epal


Nurulbadiah Lai


Eqbalzack
(Kurasakan Something)


Obefiend
(Blog Serius)


Irene Nadia Marcello


Yuyu Zulaikha


Hanis Zalikha


Darkbatman


Andyhowt


Blog2 yang aku senaraikan ni..memang aku salut habis dekat mereka semua ni..kepada yang masih baru dalam blogging..korang boleh tengok cara2 mereka berblogging..sangat sempoi dan superb!!..kepada yang aku tak senaraikan jangan lah terasa tau..korang semua hebat2..ramai lagi yang hebat di luar sana..jadi untuk menjadi hebat dalam berblogging..kita haruslah mendekatkan diri dengan mereka di atas ok..jangan malu2 nak tanya dengan mereka ok..

Berblogging lah dengan ikhlas..kita hidup di bawah satu rumpun..ingatlah..

mood:biasa2 saja

Tuesday, April 19, 2011

Kalau Dah Dinner Macam Ni Lah Jadinya

Lama dah aku tak rasakan dinner macam ni..seronok beb..bukan apa..bila masa dinner..masing2 punya dress up memang meletup lah..kalah dah artis " red carpet "..aku suka tengok..masing hensem dan cantik..yela bukan selalu macam ni..setahun sekali je..yang aku peliknya..perkara yang utama masa dinner ni..ialah BERGAMBAR..hehe..makan tuh boleh kira perkara kedua lah..

Aku pun tak nak mengalah..harus bergambar..eh bukan harus..wajib2..hehe..yelah bila lagi aku nak tangkap gambar pakai blazer kan..nak tengok gambar..layan di bawah..mana tahu korang nak pilih calon suami ke isteri..haha..gurau je..


Gambar kelas aku..


Yeah..aku menang hamper..memang luck dinner aku kali ni


Muka keletihan selepas dinner..


Gadis2 semasa..pilih2..hehe


Jejaka terhangat..haha


Bersama " Hattan "..hehe


Yeah ini adalah KING OF THE NIGHT..steady lah

Tema untuk dinner ni ialah Phantom of Opera..huhu..aku pakai spec je..tak ikut tema..langgor je..huhu..setel

mood:MU harus menang

Monday, April 18, 2011

Jangan Kentut Ketika Akad Nikah


Hello2..penat rehearsal tak hilang lagi ni..hehe..yelah kena buat persembahan first time ni..cuak weh..tolong2..tuh lah..siapa suruh gatal2 nak nyanyi kan..dah2 aku bukan nak cerita pasal aku nyanyi ni..nak cerita sikit..

Bayangkan pasangan kita terkentut masa akad nikah..apa korang fikirkan?? kalau aku confirm2 aku gelak guling2 weh..bukan aku je kot..tok imam siap saksi2 sekali gelak agaknya..haha..jadi aku berpesan kepada kawan aku yang sorang yang selalu kentut di blog orang..harap2 tak terkentut masa akad nikah ye..siap sedia lah Ujang oi!!..haha

ok2 tip yang aku nak kongsi kan..

  1. Sebelum akad nikah jangan lah makan makanan yang menyumbang ke arah sakit perut..makan buah lagi bagus..alas perut
  2. Kalau agak2 ada terasa sakit perut..better pergi je tandas..jangan teragak2..
Itu je dari aku..moga buat yang terbaik..sekali lafaz je..:)

mood: Dinner





Sunday, April 17, 2011

Fatin Liyana Selekeh??


Malam semua..adeh entri fasal Fatin Liyana lagi?? haa tak kiralah orang nak kata apa..yang penting aku suka.....tengok blog dia..jangan salah anggap eh..hehe..terharu tuh fatin panggil nama aku..pengsan jap..hehe..tajuk entri kasi panas sikit..hehe..confirm2 aku kena baling kasut weh..aku fans club dia baca ni..lari2..ala..gurau2 je ni fatin..jangan risau eh..wish me luck for exam..kalau fatin dah jadi doktor nanti..buka klinik dekat Melaka tau..hehe..gedik jap aku..lalala

Fatin tak selekeh pun..tapi dia komen dekat blog aku dia selekeh..hehe..fatin tak makeup pun dah nampak natural beauty..ok2..nanti ada orang jeles lak..kalau buat entri panjang2..hehe..

Ni haa..insan2 yang jeles..:)


mood:suka


Saturday, April 16, 2011

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA!


Alahai suara katak macam aku pun nak join ke..adeh2..tak kira..aku nak join jugak..dah hujung2 tanduk baru aku nak join kan..aiyo..apa mau jadi der..hehe..nah ambil ni tia..aku menyumbangkan suara..hehe

Siapa2 lagi nak join..mari ler..sori lah..video senget dan kurang berkualiti..budget lari..hee

mood: suka2

Friday, April 15, 2011

Aku Bakal Gantikan Ben Ashaari Buat Segmen



Haa dengar tajuk macam nak gempak kan..kalau lah aku mempunyai keringat macam Ben Ashaari..betapa untungnya aku..korang ingat senang ke nak buat segmen..nak buat memang senang..cuba tengok brother kita seorang ni..dia sanggup paste satu2 link dalam entri dia..kalau aku lah kan..memang tak larat dah..biasanya segmen2 yang dia buat..beribu2 kot yang masuk..dah macam masuk contest kan..

Aku rasa aku belum mampu nak ganti Ben Ashaari ni..aku tahu ramai yang cuba menghentam dia...tapi dia cool je aku tengok..takpe bro..gua support lu..paling aku tak percaya..dia takde pembantu tuh nak paste kan link ni..memang terbaik lah bro..kalau aku lah kan..juling dah mata..orang kata..semangat kita perlu kuatkan..jadi barulah boleh jadi macam Ben Ashaari..

Dia mempromotkan blog kita..melalui segmen dia..cuba korang bayangkan..dia sempat lagi blogwalking, sempat lagi update..masa dia tengah buat segmen..jadi, di situ pembahagian masanya amat baikkan..apa yang aku dapat   aku simpulkan..pembahagian masa adalah penting..dan semangat yang tinggi perlu dalam berblogging ni..sekadar berkongsi..:)

mood:nak mandi

Thursday, April 14, 2011

Kisah Di Sebalik Wajah Fatin Liyana


Apa eh kisah dia..hehe..aku tak tahu sangat pun kisah dia..tapi yang aku tahu..member aku ni ada belajar MEDIK sekali dengan Fatin Liyana..kalau Fatin kenal..nama dia Syed Fadzil..huhu..kawan masa sekolah menengah aku..

Di sebalik wajah dia..kalau tak silap aku ada muka kacukan korea pun ada..haish susah aku nak anggar kan..Fatin mix apa ye??hehe..aku dah jumpa kakak ipar dia..korang mesti tau kan siapa kakak ipar dia..hehe..kalau tak tahu..mari aku bocor kan rahsia..hehe..---->sini..tengok lah sendiri ye..

Aku tak sabar je nak jumpa si Fatin ni..kalau lah dapat jumpa..pengsan aku jap..orang kata lumpuh lah..hehe..tapi yang aku tak faham kenapa lah orang tak suka kat dia ni..cuba lah buang sikap dengki tuh kan..xelok lah..kita sesama manusia..harus berbaik ok..lagi2 satu kaum..

Sebenarnya ada seorang laki2 ni..dia desperate sangat tiba2 buat relationship dengan FL..tak malu ke..haha..tak pelah..mungkin angan2 dia je kot..hehe..mari kita tengok mamat perasan ni..--->terjah..ni entri yang dia perasan lebih..sini

mood:guling2 jap

Aku Dan Wanita


Wanita diciptakan untuk dijaga dan juga disayangi..mereka juga merupakan hiasan dunia yang terbaik..tanpa mereka..tidak lengkap lah hidup kaum lelaki..jadi, di sini..aku nak memberi sedikit pandangan tentang wanita..ini berdasarkan pengalaman aku yang telah aku lalui..sepanjang 22 tahun aku hidup..takde lah lama mana sangat pun..tapi aku teringin berkongsi dengan korang semua..

Bagi aku..hati seorang wanita sangat rapuh..jikalau tidak dijaga dengan betul..pasti kelukaan yang akan dirasai..mereka sangat perlukan perhatian daripada kita..aku memang tidak nafikan..aku memang seorang peramah..aku suka berkawan..tidak kira laki2 atau pun perempuan..tapi aku tak faham..kenapa aku boleh dilabelkan sebagai " playboy "?? salah ke niat aku untuk berkawan..hmm..sesungguhnya tidak salah pun membina persahabatan sesama bangsa dan juga agama..

Wanita oh wanita..aku akui..aku memang ada ramai kawan wanita..kita perlu ingat..dan jangan salah sangka..mungkin dalam mind set..bila seorang lelaki ada ramai kawan wanita je..di cop sebagai " playboy "..sampai bila ini akan berlarutan..memang ada lelaki yang " playboy " tetapi bukan semua ok..buka mata seluas2 nya..jangan sempit kan fikiran kita..ingatlah..bersahabatlah selagi kita mampu ok..tak salah pun di sisi undang2..tapi kalau yang sudah mempunyai pasangan..perlulah tahu batasnya kan..

Kadang2 aku fikir kan..wanita ni boleh menjadi pendorong dan juga semangat dalam hidup aku..tapi dalam masa yang sama..boleh melemahkan semangat kita..sebagai contoh..hubungan terputus di tengah jalan..aku boleh jamin..jiwa, perasaan dan hati pasti luluh..orang kata..macam tersentap sekejap..aku penah alaminya..aku tak dapat buat apa2..

Apa yang aku dapat simpulkan..sayangilah wanita yang berdamping dengan kita..mereka pasti akan menyanyangi kita kembali..dan jangan kasari atau memukulnya..bagi aku..lelaki yang puku perempuan adalah dayus..mesti ingat tuh!!..sekian

mood:wanita oh wanita

Giveaway Ujang9897




1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib) 



3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)

Aku nak bebel apa eh..mamat ni aku kenal masa gathering SB lagi..first time jumpa aku dah macam kenal lama..sempoi pun sempoi..tengok nak kahwin dah pun..blog dia pun ok..haha..kadang2 je @$# sukar ditafsirkan..haha..

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)


Wahai Ujang..kalau aku tak menang..aku tak nak datang majlis perkahwinan kau..haha..harap2 la ye aku menang..:)

Apa lagi..bakal pengantin ni..jom join..

mood: dengan harapan nak menang ni..

Doakan Aku Yang Terbaik


Tak lama lagi..exam aku nak dekat dah..menggeletar badan aku ni..huhu..yelah pointer aku rendah..aku nak naikkan balik bukannya senang..aku cuba struggle untuk semester ni..aku harap korang doakan aku buat yang terbaik ok..untuk semester ni..aku rasakan semester paling buruk buat aku..entah lah..hidup pun dah ke mana2..aku kena cari hidup lama aku..aku banyak menyusahkan keluarga aku..aku kena balas jasa ibubapa aku..

Kalau nak diikutkan aku dah tak larat dah nak study ni..kalau boleh nak kerja je..tapi aku ikut kata2 family aku..mungkin ada hikmahnya aku ikut cakap mereka kan..tapi takpe..lagi setahun je aku nak habis belajar..aku tunggu saat itu..aku akan berpuas hati bila family aku melihat aku terima segulung ijazah..amin..aku dah banyak bersalah kepada mereka..aku dah lama tak jumpa mereka..sebelum peperiksaan menjelang..aku akan minta restu daripada mereka..mak ayah..tunggu kepulangan along ye..along rindukan mak abah..

Aku cuba bangkit dari terjatuh..diri aku sekarang ni tiada hala tuju..aku gembira kerana terpaksa..aku cuba gembirakan diri aku walaupun sedih..aduh harus ke aku bagitahu korang yang aku sedih..nanti ada yang meluat lak..tapi aku terpaksa..tiada lagi tempat aku luahkan..hmm..

mood:belajar dari kesilapan

Wednesday, April 13, 2011

Lelaki Menangis Itu Comel??



Petang semua..aku saja nak berkongsi dengan korang semua..semalam aku just share lah dengan member2 dekat facebook..aku tanyalah kan..kalau lelaki menangis..lelaki tuh lembik ke??..respon yang aku dapat daripada mereka..mereka kata lelaki menangis itu comel..erk?? aku terkesima jap..betul ke comel ni..huhu..bahagian mana yang comel tuh aku tak tahu lah..

Setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri..tapi sumber ada mengatakan..ego yang dimiliki oleh lelaki paling sukar dijatuhkan..yelah, kalau takde ego nanti..silap2 kena pijak kepala pulak kan..bukan tak boleh ada ego ni..cuma biarlah bertempatkan..ok di sini..lelaki jugak mempunyai hati dan perasaan kan..apa lah salahnya mereka menangis di depan kekasih mereka..konon2 nya nak cover macho lah kan..tak nak nangis depan awek..huhu..kebanyakkan macam tuh lah..

Dengan menangis kita dapat melepaskan apa yang kita rasa..bukan kentut ye..hehe..orang kata perasaan yang kita cuba sampaikan..kalau tak dapat luahkan dekat orang lain pun..biarlah lah ia dilepaskan dengan air mata..daripada kita buat benda2 yang tak elok kan..aku tahu..ramai perempuan tak suka lelaki yang terlalu ego..jadi, kita sebagai lelaki haruslah jadi sentimental..tapi kalau terlalu kuat menangis pun tak boleh jugak..cakap sikit je nangis..itu pun susah jugak..hehe..

Jadi, di sini aku dapat simpul kan..aku nak nangis lah..nanti orang cakap aku comel..haha..jangan meraung dah ler..buruk benor nanti kan..sekadar berkongsi..

mood: still find happiness





Monday, April 11, 2011

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan


Wah!! tengok dah ada Universiti Blogger Malaysia lah..jangan tak percaya..hehe..kalau lah betol2 ada bangunan dia kan lagi bagus..boleh kita belajar dari A to Z..apa itu blog..untungkan..okeh..alamak aku baru je daftar..terlupa lak ada orientasi..huhu..okeh..aku sebagai junior..aku patuh kepada arahan pihak atasan..:)

Antara yang diperlukan dalam orientasi:

letakkan banner UBM dalam entry anda.
Setel

nama anda dan nama blog anda.
Nama diberi MOHD SYAFIQ BIN ROSLI tapi dapat gelaran SR pulak masa dah berblogging ni..haha..korang semua yang panggil..aku ia kan je..huhuBlog aku bernama SANDIWARA SEORANG INSAN..mula2 aku tak percaya jugak dengan nama blog aku ni..mana taknya muka aku rock!! haha..rock lah sangat..tiba2 tengok nama blog macam jiwang..hehe..

sejak bila mula berblog
Aku baru je lagi dalam bidang blog ni..adalah dalam 5 bulan..tak sampai setengah tahun lagi..banyak lagi yang aku belum teroka dalam dunia blog ni..aku pun masih belajar..boleh dianggap newbie jugak lah..:)

apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini
Pandangan aku mudah je..dunia blog sekarang ni boleh dikatakan menjadi satu trend..hampir setiap hari..pasti ada blog2 newbie akan hadir..tahniah buat korang semua..jangan berpatah balik sekiranya telah memasuki ke dunia ini..percayalah dunia blog ni pasti akan terasa nikmatnya..

pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini
Tak sangka pulak aku..dengan blogging ni..tiba2 munculnya satu idea yang baik..dengan menubuhkan UBM..ini merupakan sesuatu yang jarang kita impikan..maka dengan tetubuhnya UBM ni..boleh lah kita mendalami ilmu2 blog dengan lebih mendalam..:)

Mahu seperti di atas?? sini
moood:suam2 kuku

Sunday, April 10, 2011

Diaries Of Us


Assalamualaikum..

Dah beberapa hari aku tak review blog ni..biasanya pada lewat malam..entri aku pasti mengenai blogger..tengok header dia..berbunga2 je kan jiwa kita ni..best2 dah lah warna pink..sedap je mata memandang..aku tak leh review banyak2..nanti tak surprise lah kan..nak tahu kena tengok sendiri..:)

Mari kita tengok siapa tuannya..

Kau Tigakan Cinta


Dalam suasana yang agak suram..diiringi bunyi2 guruh..bercampur pula dengan perasaan aku yang entah apa2..aku dengar lagu ELKASIH-KAU TIGAKAN CINTA macam kena dengan jiwa aku pulak..tiada kaitan sedikit pun dengan hubungan aku..tapi lagu ni memang sedap di dengar lah..sekirannya jiwa tengah meroyankan..lama dah aku tak rasakan perasaan macam ni..sukar untuk digambarkan..

Aku tak tahu nak luahkan di mana..jadi blog lah jadi segalanya..aku cuba kentalkan semangat aku..tidak kira apa  pun berlaku..aku tetap mahu bersama dia..andai aku pergi dulu..aku harap dia jumpa yang lebih baik buatnya..aku tahu..aku tidak sempurna seperti yang dia sangkakan..aku hanya hidup dalam kesederhanaan..aku cuba berikan terbaik buatnya

Tiap hari aku fikirkan cara untuk membuatkan dia gembira bila bersama aku..aku mahukan dia gembira..aku tak sanggup melihat dia sedih..kalau boleh aku sanggup menanggung kesedihan itu..aku sayang dia..aku takut kehilangan dia..aku mahu menjaga dia sebaik mungkin ketika dia sakit atau pun sihat..apa lah yang aku rasa saat ini..apa yang dia sedang lakukan..dia dah makan ke belum??..dia sihat ke tak??..haish..aku risau sangat tentang dia..

Walau apapun cabaran yang datang..aku rela menghadapinya..tak kiralah aku perlu berkorban apa pun..dengan cara ini lah aku dapat membuktikan cinta aku kepadanya..aku cuma luahkan apa yang aku rasa..dengan cara ini sajalah dapat kurangkan tekanan..tapi dengan solat adalah lebih baik..

mood:-.-

Perbezaan Artis Blogger dan Artis Dunia Hiburan


Sambil2 makan megi ni..layan jugak kalau update blog kan..haa ni nak cerita sikit..orang asyik duk sebut2 artis blogger kan..aku pun tak sangka..dengan sekadar mengadap laptop dan taip je..dah boleh digelar artis kan..untunglah siapa ada blog ni..hehe..dah2 jangan nak perasan..aku bukan pun artis blogger..orang je anggap aku artis..malu2..:) Ok aku nak tunjuk siapa artis blogger sebenar..aku bukan nak fokus pada artis blogger atau pun apa..aku nak tengok perbezaan artis blogger dan artis dunia hiburan..:)

Artis Blogger (Ben Ashaari)


  • Artis yang terkenal melalui blog
  • Tiada terlibat dengan paparazzi
  • Selalu di serang Anon untuk menjatuhkan kepopularannya
  • Tiada gosip



Artis Dunia Hiburan (Lisa Surihani)


  • Terkenal melalui bidang lakonan dan pengacaraan
  • Terlibat dengan paparazzi
  • Selalu diserang dengan khabar2 angin yang buruk untuk menjatuhkannya
  • Gosip ada di mana2

So, mana lebih untung..hehe..dah2 aku saja2 je buat perbezaaan ni..tiada melibatkan hidup atau pun mati..gambar pun sekadar hiasan..

mood: entahlah

Saturday, April 9, 2011

Aku Pernah Terima Rasuah


Rasuah!! Rasuah!! Rasuah!! aku pasti katakan tidak pada rasuah..aku tidak suka rasuah..korang pun tahu kan akibatnya bila kita terima rasuah..memang silaplah siapa yang terima rasuah tuh..BPR lah jawabnya..ni aku nak cerita ni..apa rasanya bila kita terima rasuah..

Ceritanya macam ni..dulu masa aku diploma..aku pernah praktikal setahun ye..lama kan..praktikal dekat Pejabat Kesihatan Banting..kiranya bidang kuasa aku bahagian kesihatan lah..so, orang nya pun haruslah sihat kan..:)..

Pengalaman ini memang sukar lah aku nak lupakan..aku dulunya seorang pelajar praktikal sebagai seorang Inspektor Kesihatan..aku diberikan tanggungjawab untuk memeriksa rumah ke rumah..memastikan rumah2 mereka tiada jentik2..

Jadi pada suatu hari..aku pergi lah satu taman ni..pergi lah rumah ke rumah..tiba2 satu rumah ni aku tengok banyak pulak jentik2 nya..jadi aku dengan pantasnya keluarkan lah notis..tiba2 aku tengok tuan rumah ni cuak mukanya..mereka ingat aku nak samannya..padahal aku keluar notis je..tak silap aku mereka nak hulur aku RM@!#..agak banyak lah..huhu..tapi aku tolak der..mana boleh ambil duit2 tepi ni..haram..aku pun terangkan dekat mereka..aku cuma keluarkan notis je..jangan risau..

Apa yang aku dapat simpulkan..jauhi RASUAH ye..

mood: berkobar-kobar